Thursday, December 22, 2011

Zikri Terima Anugerah Khalid Ibni Walid


ABIM Sabah ingin mengucapkan tahniah kepada Sdr. Mohd Zikri Zainudin, Timbalan Yang Dipertua ABIM Sabah atas Anugerah Khalid Ibni Walid sempena Sambutan Maal Hijrah 1433H Peringkat Negeri Sabah. Anugerah Khalid Ibni Walid diberikan khas kepada tokoh belia yang telah menyumbang bakti dan jasa dalam perkembangan dakwah di Sabah.

Saudara Zikri merupakan aktivis sepenuh masa ABIM Negeri Sabah serta kini diamanahkan sebagai Timbalan Yang Di Pertua ABIM Negeri Sabah. Mengulas mengenai anugerah yang diterima oleh Saudara Zikri, Puan Fadhlina Dato' Dr Siddiq mengatakan ia merupakan penghargaan serta pengiktirafan yang sangat istimewa terhadap sumbangan generasi muda dalam menggerakkan aktivisme dakwah di peringkat akar umbi.

No comments: