Tuesday, May 25, 2010

Lawatan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei Darussalam Ke ABIM Sabah


Pada 19 Mei 2010 yang lalu, ABIM Sabah telah dikunjungi oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) sempena lawatan mereka ke negeri Sabah untuk Program Pendidikan: Kursus Perkembangan Intelektual Pelajar Tamat Pengajian Perguruan Ugama. Lawatan ini diadakan untuk memberi ruang kepada pelajar KUPUSB untuk mengenali gerakan dakwah yang ada di Malaysia sambil berkongsi maklumat dan berdialog untuk menangani masalah umat Islam. Seramai 37 orang pelawat yang terdiri daripada Dekan Hal Ehwal Pelajar KUPUSB, Hajah Norwati Haji Abu Bakar, Pensyarah dan Kakitangan KUPUSB serta mahasiswa/i tahun akhir KUPUSB yang mengambil bidang Usuluddin dan Syariah.

No comments: