Tuesday, May 25, 2010

Usrah Gabungan WADAH-ABIM-SISMA Bersama Dr. Mohd Farid Mohd Shahran






Pada 22 Mei 2010, WADAH-ABIM-SISMA telah mengadakan Usrah Gabungan bersama Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Pengerusi Himpunan Ilmuan Muda (HAKIM) dan merupakan mantan Timbalan Presiden ABIM Pusat. Usrah pada kali ini telah mengupas buku "Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Pangkuan Islam" karya Dr. Majid Irsan Kaylani. Banyak intipati penting yang telah dikongsi bersama oleh Dr. Farid antaranya adalah kejayaan Salahuddin dalam menakluk Jerussalem bukan hanya dilihat pada faktor kekuatan ketenteraan semata, tetapi juga harus dilihat secara holisitk iaitu kekuatan ilmu. Kekuatan ilmu dan intelektual menjadi asas penting kepada pembinaan generasi Salahuddin. Tokoh-tokoh ilmuwan dan ulama menjadi tonggak utama dalam membina generasi Salahuddin iaitu dengan sumbangan penting Al-Ghazali dan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani yang membina madrasah-madrasah untuk mendidik umat sebelum tibanya kebangkitan Salahuddin. Penaklukan al-Quds oleh Salahuddin dirancang dan dipersiapkan lebih awal lagi untuk memastikan generasi Salahudin menjadi kuat dari segi ruhaniyyah, intelektual dan jasmaniyyah. Sama seperti sejarah Penaklukan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fatih.

Pembinaan generasi Salahuddin perlu dimulakan daripada sekarang agar umat Islam menjadi insan yang sedar akan amanah dan tanggungjawab yang dipikulnya serta mampu membina semula generasi Salahuddin untuk menyebarkan Islam ke seluruh alam, rahmatan lil 'alamin.

No comments: