Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan





Sabda Rasulullah S.A.W, "Telah datang bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Maka hendaklah kita mengucapkan selamat datang kepadanya. Telah datang bulan Puasa membawa segala keberkatan, maka hendaklah memuliakan tetamu yang datang ini"

Sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan Karim, bulan tarbiyyah yang mengisi jiwa-jiwa setiap insan, menyedarkan semula tujuan asal manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. ABIM Sabah mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut pesta ibadah di bulan Ramadhan dan selamat mengerjakan amal kebajikan sebanyak-banyaknya (fastabikul khairat). Semoga Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat membawa manfaat kepada kita semua untuk kita retrospeksi diri.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.

No comments: